* Hmm..Kepada Jejaka2 Only :)
6 KATEGORI GADIS PILIHAN JEJAKA
MISS SMART
Ketika berjabat tangan dengan si jejaka pada pertemuan pertama, dia menggenggam erat tangan dan memandang tepat ke arah mata ketika berbicara. Keyakinan diri ini akan menimbulkan rasa hormat di dalam diri seorang jejaka terhadap gadis tersebut. Apalagi kalau intonasi suara jelas dan lancar, lazimnya memang si jejaka mudah untuk menyukai gadis yang nampak bijak dan mudah untuk dibawa berbincang. Sebaliknya, sekiranya cara kita berjabat tangan longgar dan tidak sungguh-sungguh, ia mencerminkan peribadi gadis yang acuh tidak acuh dan tidak tertarik mahu berkenalan dengannya.
MISS PEMALU
Gadis pemalu memang amat disukai oleh si jejaka. Lazimnya, jejaka akan suka bermain mata dan memberikan isyarat untuk berkenalan dengan si gadis, sekiranya dibalas dengan yakin namun masih kekal malu, akan nampak manisnya si gadis itu. Hobi melirik-lirik terutama kepada si jejaka yang diminatinya, akan menampakkan ciri gadis timur yang masih kekal timurnya. Penggunaan bahasa tubuhnya juga sempurna, dia umpama jinak merpati. Nampak mudah tetapi tidak. Lazimnya, pada pertemuan pertama, si jejaka memang sukakan ciri gadis sebegini. Sekiranya terlalu berani, jejaka pula takut tidak terlayan.
MISS SEKSI
Jangan silap tafsir. Bukan pada pakaian tetapi pada keperibadiannya. Lazimnya, manja seorang gadis akan menampakkan dirinya sebagai seksi.
MISS ENJOY.
Cara berjalan meyakinkan, pakaian yang dikenakan nampak menarik sahaja dan apa sahaja kelebihan dan kelemahan pada dirinya tidak disorok. Memang mudah si jejak tertarik kerana si gadis bersedia menunjukkan dirinya dan enjoy dengan pertemuan pertama kerana tidak perlu menjadi orang lain. Bagi jejaka, gadis yang bersedia menerima kekurangan tubuhnya sangat menyenangkan dan mudah diajak berteman. Si jejaka juga selesa dengan dirinya dan dia berani menunjukkan siapa sebenar dirinya. Tiada siapa yang rugi
MISS HAPPY GO LUCKY
Suka ketawa dan berjenaka malahan mudah diajak berbicara di dalam apa juga topik. Jika waktu dikenalkan dengan teman baru, gadis ini akan sentiasa kelihatan senang, boleh bergurau dan berekspresi dengan bebas, memang mudah si jejaka mendekatinya. Lazimnya, golongan gadis ini mudah menerima gurauan dan sering menganggap kehidupan sebagai suatu perjalanan yang sukar namun tetap menyeronokkan dan setiap dugaan dihadapi dengan tegar. Jejaka senang dengan gadis seperti ini kerana dia memerlukan pasangan yang memberikannya percintaan yang tenang, menggembirakan dan sentiasa utuh biarpun cabaran datang. Tiada siapa mahu gadis yang sentiasa mahu dipujuk, mengada-ngada dan lemah menghadapi dugaan hidup.
MISS RIGHT
Jejaka memang sentiasa mahu merasakan dirinya diperlukan. Jadi, bila dalam masa-masa tertentu, si jejaka boleh merasakan dirinya amat kamu perlukan walaupun di dalam hal yang kecil dan ringan, mungkin dia merasakan kamu adalah tepat untuknya. Lazimnya, gadis ini mudah menjadi dirinya sendiri dan tidak pernah kenal erti “ maintain cun ”. Si jejaka memang suka gadis dengan selera yang tepat dan tidak menjadi pembazir makanan hanya kerana mahu kelihatan sopan. Pada pertemuan pertama lagi, si gadis sudah menunjukkan bahawa dia selesa dengan pertemuan itu dan si jejaka akan merasakan dirinya diterima secara baik, pasti akan ada pertemuan kedua.
Source: REMAJA Magz.
No comments:
Post a Comment