Monday, March 9, 2015

Sedekah Dan Istighfar

Assalammualaikum w.b.t,

Tajuk pembuka memang sangat meluas. Tapi, maksud tersirat yang penting untuk dikatakan adalah tentang kesedihan jiwa dan fikiran tentang sesuatu yang meresahkan wanita yang baru berkahwin. Got it?! Ya, ianya tentang kehamilan.


Sebelum ini, memang terasa untuk menenagkan diri dan hidup berdua bersama suami bagi suatu tempoh masa sebelum hamil. 

Sebenarnya, entri ni cuma lah untuk bermuhasabah tentang kehidupan, pekahwinan. kerjaya dan sebagainya. Sebelum ini, memang berserah kepada Allah S.W.T tentang rezeki untuk mendapatkan zuriat dengan beranggapan :

* Semua pasangan yang sudah berkahwin tidak mempunyai nasib yang sama dalam mendapatkan zuriat. Ini kerana diri mereka sendiri tidak sama dari segi kesihatan dan fizikal, maka amatlah  susah untuk membandingkan diri dengan pasangan yang lain.

* Pasangan yang telah berttahun-tahun juga menghadapi kesukaran mendapatkan anak, inikan pula mereka yang baru kahwin untuk beberpa bulan. Dengan itu, say berfikiran positif, rezeki zuriat Allah S.W.T telah tentukan dengan sebaik-baiknya.

* Sentiasa berfikiran positif yang rezeki akan sampai pada masa yang telah ditetapkan, jadi bersabarlah dan jangan terlalu mengikut perasaan yang akan menyebabkan suami bersedih hati dan gelisah.

Namun, hakikatnya, walaupun telah beranggapan sebegitu, tetap terselit dalam hati perasaan sedih, apatah lagi jika diri telah menginginkan zuriat. Akan terasa tercabar kerana rasa diri tidak mampu untuk memberikan zuriat kepada suami. Lagi, jika melihat kepada ramai rakan-rakan memberikan khabar baik tentang kehamilan mereka. 

Sangat berterima kasih kepada suami yang banyak menenangkan perasaan diri dengan menceritakan pelbagai kisah melalui hadis-hadis dan ayat-ayat Al-QURAN tentang rezeki zuriat dari Allah S.W.T. Sesungguhnya, diri amat bersyukur dikurniakan suami yang begitu penyayang dan sangat bertanggungjawab.  Semoga sifat-sifat suami ini tidak hilang sehingga akhir hayat nanti.

Sesungguhnya, pasanglah niat kita dengan ikhlas jika ingin mendapatkan zuriat, banyakkan berdoa, beristighfar dan bersedekah bagi memudahkan perjalanan kita untuk mencari redha Allah S.W.T dan memberikan rezeki zuriat buat para-para isteri semua.

Wallahualam. Dengan Izin-NYA semoga kita mendapat keberkatan dalam hidup berumahtangga.

In Sha Allah~